review produk hangat

Blog ini cuba membawa kepada anda anda barangan kecantikan, penjagaan diri yang bertujuan untuk memberi panduan kepada anda dalam pemilihan produk dan penjagaan diri. sekiranya anda juga mempunyai produk untuk kami ulas anda boleh menghubungi kami

siaran langsung bolesepak vs siaran langsung sehati berdansa

| Saturday, December 18, 2010 |

Nak dijadikan cerita malam ni berlakunya 2 siaran langsung yang best, iaitu siaran langsung bola sepak Malasyia melawan Vietnam separuh akhir ke 2, dan satu lagi pulak Siaran Langsung akhir Sehati Berdansa.
Aku bernasib baik sebab wife pulang bercuti ke kampung sempena cuti sekolah, selamatlah aku nak tengok bola malam ni,, kalau tak,, bukannya tak dapat tengok bola tetapi kesian pulak bila tengok wife terpaksa tengok bola sambil lipat kain, tengok tanpa perasaan, tu yang buat aku serba salah, tapi kebetulan wife ada di kampung ni nampaknya aku dapat tengok bola lah malam ni,,

ok pada korang pulak yang membaca post ni, tak kiralah korang baca sebelum atau selepas 2 siaran langsung tu berlaku aku nak tahu juga isi rumah korang yang mana lagi pilih, Bola Sepak vs sehati berdansa?


Ange ou Demon oleh Givenchy

| Wednesday, December 15, 2010 |


Ange ou Demon agak berbelit juga nak disebutkan telah dikeluarkan oleh Givenchy. Melalui bentuk kristalnya itu kita sudah tahu apakah motif wangian ini, Ange ou Demon yang juga membawa maksud (angel of Devil) melambangkan keberanian dan mistik, tarikan serta menggoda. Dalam bentuk seakan-akan kristal dan permata ia tampil hebat dan misteri.

Ange ou Demon telah dihasilkan oleh Jean-Pierre Bethouart dan Olivier Cresp

Namun disebalik bentuknya yang misteri ia tampil dengan haruman yang manis dari tumbuh-tumbuhan, yang pasti akan membuat pemakainya mendapat satu kepuasan dalam pemakaian pewangi ini.

Mengikut pemerhatian kami perfume ini mendapat tempat dan pujian dari para wanita yang menggunakan Ange ou Demon.


perfume Guilty dari Gucci

| Tuesday, December 14, 2010 |




Guilty adalah produk baru yang dihasilkan oleh Gucci yang boleh anda dapati mulai September 2010. Jadi sekiranya anda seorang yang memang peminat setia Gucci atau peminat pewangi, produk ini amatlah sesuai.

Guilty Gucci digayakan dengan lambang keberanian, daring dan glamour dan seksi kepada si pemakai. Ia sangat sesuai bagi mereka yang berumur 25 hingga 38 tahun.

Guilty Gucci sangat sesuai di pakai untuk ke pejabat atau temujanji, didatangkan didalam rekaan yang menarik, pasti anda bangga membawanya kemana-mana.

Bagi pakwe-pakwe pula, produk Gucci ini sangatlah sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah harijadi atau wedding, atau apa saja dan sudah tentu melambangkan bahawa anda seorang yang bercita rasa hebat.

Guilty Gucci tercipta daripada mandarin, pink pepper, peach, lilac, geranium, amber and patchoulidan didatangkan didalam 30,50 dan 75ml EDT.

cuba teka wajah siapakah yang menjadi model bagi Guilty Gucci ini?