Blog ini cuba membawa kepada anda anda barangan kecantikan, penjagaan diri yang bertujuan untuk memberi panduan kepada anda dalam pemilihan produk dan penjagaan diri. sekiranya anda juga mempunyai produk untuk kami ulas anda boleh menghubungi kami

Ange ou Demon oleh Givenchy

| Wednesday, December 15, 2010 |


Ange ou Demon agak berbelit juga nak disebutkan telah dikeluarkan oleh Givenchy. Melalui bentuk kristalnya itu kita sudah tahu apakah motif wangian ini, Ange ou Demon yang juga membawa maksud (angel of Devil) melambangkan keberanian dan mistik, tarikan serta menggoda. Dalam bentuk seakan-akan kristal dan permata ia tampil hebat dan misteri.

Ange ou Demon telah dihasilkan oleh Jean-Pierre Bethouart dan Olivier Cresp

Namun disebalik bentuknya yang misteri ia tampil dengan haruman yang manis dari tumbuh-tumbuhan, yang pasti akan membuat pemakainya mendapat satu kepuasan dalam pemakaian pewangi ini.

Mengikut pemerhatian kami perfume ini mendapat tempat dan pujian dari para wanita yang menggunakan Ange ou Demon.


0 comments:

Post a Comment